Tenaga Suria / Tenaga Solar

on Monday 16 April 2012

Tenaga Suria / Tenaga Solar 

Matahari telah membekalkan tenaga selama berbilion – billion tahun. Tenaga suria adalah sinaran – sinaran matahari (radiasi suria) yang sampai ke Bumi. Tenaga ini boleh ditukarkan menjadi bentuk tenaga yang lain seperti tenaga haba dan elektrik.

Apabila ia ditukarkan kepada tenaga haba, tenaga suria boleh digunakan untuk memanaskan air untuk kegunaan di rumah, bangunan atau kolam renang, memanaskan ruang di dalam rumah, rumah hijau dan bangunan – bangunan lain.

Penukaran Tenaga Suria Kepada Tenaga Elektrik


Tenaga suria boleh ditukarkan menjadi tenaga elektrik dalam dua cara  iaitu melalui alat Voltan Foto (PV) atau ‘sel – sel suria’ dan juga melalui loji kuasa suria.

Alat Voltan Foto (PV) atau ‘sel – sel suria’ 


Alat Voltan Foto (PV) atau ‘sel – sel suria’ menukarkan cahaya matahari terus kepada tenaga elektrik. Setiap sel suria dikumpulkan menjadi panel dan susunan panel boleh digunakan secara meluas, dari sel – sel kecil yang hanya mencas kalkulator dan bateri jam, sehinggalah kepada loji janakuasa yang merangkumi beberapa ekar. 


Loji Pengumpulan Kuasa Suria


Loji pengumpulan kuasa suria menjana elektrik dengan menggunakan haba daripada pengumpul terma suria untuk memanaskan cecair yang mana akan menghasilkan stim memberi kuasa kepada generator.


Loji kuasa terma suria menggunakan sinaran matahari untuk memanaskan cecair ke satu suhu yang amat tinggi. Cecair itu kemudiannnya dialirkan menerusi paip, oleh itu ia boleh memindahkan habanya kepada air untuk menghasilkan stim. Stim ditukarkan kepada tenaga mekanikal atau kinetik dalam turbin dan kemudian kepada elektrik oleh generator yang disambungkan kepada turbin. 

Tenaga terma suria selalunya digunanakan untuk memanaskan air yang digunakan di rumah dan juga kolam renang dan untuk memanaskan bahagian dalam bangunan (‘pemanasan ruang’).

Bagaimana Sel – sel Suria Menghasilkan Elektrik?.

Cahaya Matahari mengandungi foton, atau zarah – zarah tenaga suria. Foton – foton ini terdiri daripada pelbagai jumlah tenaga yang bergantung kepada perbezaan panjang gelombang cahaya spektrum suria. 


Apabila foton mengenai sel suria, ia mungkin dipantulkan semula, terus menembusi, atau diserap. Hanya foton yang diserap membekalkan tenaga untuk menjana elektrik. Apabila cukup cahaya matahari (tenaga) yang diserap oleh bahan (semikonduktor), elektron akan terkeluar daripada atom bahan, oleh itu elektron secara semulajadi bergerak menuju ke permukaan. 

Apabila elektron meninggalkan kedudukan mereka, ia membentuk lubang. Apabila banyak elektron yang bercas negatif bergerak menuju ke permukaan sel, hasilnya ialah berlaku ketidakseimbangan cas antara sel – sel pada permukaan hadapan dan belakang yang membentuk potensi voltan sama seperti terminal negatif dan positif sesebuah bateri. Apabila dua permukaan tersebut disambungkan dengan beban luaran, seperti alatan elektrik, arus elektrik akan mengalir. 

Kelemahan Tenaga Suria

Dua kelemahan tenaga suria ialah : 

1. Jumlah cahaya matahari yang tiba di permukaan bumi tidak tetap. Ia bergantung kepada lokasi, hari, tahun dan keadaan cuaca. 

2. Disebabkan matahari tidak memancarkan cukup tenaga pada satu tempat dalam satu masa, satu kawasan yang luas diperlukan untuk mengumpulkan tenaga pada kadar yang mencukupi untuk menghasilkan tenaga. 

Kelebihan Tenaga Suria



Penggunaan tenaga suria tidak menghasilkan pencemaran air atau gas – gas rumah hijau. 

Sumber: Sains Best
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Info Tenaga | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO