Memahami Penetapan Tarif Elektrik
Kamus Bahasa Melayu keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka mendefinasikan tarif sebagai ‘senarai harga atau bayaran yang ditetapkan (untuk bilik, makanan, dll)’. Dalam konteks tarif elektrik, ianya adalah senarai harga bayaran yang dikenakan untuk perkhidmatan penyediaan bekalan elektrik terhadap pengguna.
Apakah Kos Pembekalan Tarif Elektrik?
Pada asasnya, kos pembekalan tarif elektrik terdiri daripada kos penjanaan, kos penghantaran dan kos pengagihan elektrik seperti berikut:- Kos penjanaan adalah kos bahan api dan kos pembelian tenaga daripada penjana bebas yang digunakan untuk menjana atau membekal tenaga elektrik. Bahan api pula terdiri daripada gas asli, arang batu, hidro, distillate dan diesel.
- Kos penghantaran adalah kos pepasangan (talian bekalan kuasa elektrik voltan tinggi, kos pencawang elektrik, dll) yang digunakan daripada stesen janakuasa kepada substesen pengagihan elektrik; dan
- Kos pengagihan merupakan kos pepasangan penyaluran bekalan kuasa elektrik kepada pengguna kediaman dan perniagaan (komersil, industri) melalui talian bekalan kuasa elektrik voltan rendah.
Sehingga kini, bahan api gas asli paling banyak digunakan dalam penjanaan elektrik dan harganya telah ditetapkan (subsidi) oleh Kerajaan. Ini bertujuan supaya kos pembekalan elektrik berada pada tahap sewajarnya dan tidak akan membebankan rakyat. Sebarang kawalan harga bahan api untuk penjanaan elektrik yang ditentukan oleh Kerajaan adalah bertujuan untuk kepentingan rakyat.
Definasi Tarif Elektrik
Secara tipikalnya kos penjanaan merangkumi 70% daripada jumlah kos pembekalan, diikuti dengan kos penghantaran 10% dan kos pengagihan sebanyak 20% seperti Rajah 1.
Rajah 1: Kos Pembekalan Tarif Elektrik
Sumber: Kajian Tarif Elektrik danTarif Gas di Semenanjung Malaysia dan Sabah, 2009 |
{ 8 comments... read them below or add one }
terima kasih berkongsi. sedikit sebanyak beri kefahaman pada kita tentang taarif elektrik
26 May 2012 at 07:48
terima kasih kerana melawat blog saya, sebuah artikel yang baik dan blog anda memnpunyai sebuah nichie yang baik dan bagus untuk org ramai
27 May 2012 at 19:22
Nice sharing.. sekurang2 faham apa itu taarif elektrik
28 May 2012 at 23:30
rupanya gas yang paling banyak diguna
selama ni aku fikir diesel
29 May 2012 at 00:08
hoho..barulah faham..
4 June 2012 at 09:16
ALhamdulillah, takat ni mmg bil rumah aku ok lagi...hehehebtw aku pun tak tahu gas paling banyak digunakan di mesia nih...
6 June 2012 at 03:28
eltrik byk menjana jentera verat, mesin d kilang..kan..apa lagi menjana kuasa huhu...
9 June 2012 at 16:16
sumber ekektrik harus di gunakan pada kaedah yg betul bukan bh di bazirkan sewenang-wenangnya..
9 June 2012 at 16:17
Post a Comment