Tenaga Kuasa Hidro

on Friday 20 April 2012

Tenaga Kuasa Hidro 


Tenaga kuasa hidro merupakan tenaga yang boleh diperbaharui yang boleh menjana elektrik. Dalam membincangkan tentang kuasa hidro, ia sebenarnya termasuk kuasa hidroelektrik, kuasa air pasang surut, kuasa ombak, dan tenaga haba laut. 

Tetapi, ia banyak berkisar tentang janakuasa hidroelektrik kerana ia digunakan untuk menjana elektrik di kebanyakan negara di dunia. Tenaga kuasa hidro bergantung kepada kitaran air. Memahami kitaran air adalah penting untuk memahami kuasa hidro.

Kitaran Air 


Tenaga suria memanaskan air pada permukaan, menyebabkan ia tersejat. Wap air ini akan mengkondensasi menjadi awan dan turun semula ke permukaan Bumi sebagai hujan. Air mengalir menerusi sungai menuju laut, di mana ia tersejat dan kitaran air berlaku semula.

 

Tenaga Mekanikal (kinetik) Diperoleh Daripada Air Yang Bergerak 


Jumlah tenaga yang ada pada air yang bergerak ditentukan oleh aliran atau terjunannya. Kederasan air yang mengalir dalam sungai yang besar, membawa suatu tenaga yang besar dalam alirannya. Air yang jatuh atau terjun dengan laju dari satu titik yang tinggi, juga mempunyai banyak tenaga dalam alirannya. Ini dipanggil sebagai tenaga keupayaan. 

Sama juga, apabila air mengalir menerusi saluran paip (tenaga keupayaan), kemudian menolak dan memusingkan bilah turbin (tenaga kinetik) untuk memutarkan generator bagi menghasilkan elektrik (tenaga elektrik). Dalam sistem sungai yang mengalir, daya arus berpunca dengan adanya, sementara dalam sistem simpanan air, air dikumpulkan di dalam takungan membentuk empangan, kemudian dilepaskan untuk menjana elektrik. 

Disebabkan sumber kuasa hidroelektrik ialah air, stesen janakuasa hidroelektrik mesti berada dekat dengan sumber air. Kawasan empangan juga boleh dijadikan tempat rekreasi yang menawarkan aktiviti sukan air dan memancing.





Kelebihan Tenaga Kuasa Hidro 


Penjanaan kuasa hidro menghasilkan tenaga elektrik yang bersih, tidak mempunyai kesan langsung pengeluaran pencemaran udara, tetapi empangan kuasa hidro, takungan, dan operasi penjana boleh menyebabkan kesan alam sekitar. 

Kelemahan Tenaga Kuasa Hidro 



Takungan air pada empangan menghalang migrasi ikan ke kawasan hulu tempat mereka bertelur. Takungan air dan operasi empangan juga merubah sifat semula jadi air seperti suhu, kandungan kimia, ciri – ciri aliran, dan jumlah kelodak, semuanya akan menyebabkan perubahan yang signifikan terhadap ekologi (organisma hidup dan persekitarannya) dan batuan dan tanah dari hulu ke hilir sungai. 

Perubahan ini mempunyai kesan negatif pada tumbuhan dan haiwan semula jadi dalam dan berdekatan sungai, dan dalam delta yang mana sungai mengalir ke laut. Kawasan takungan air mungkin meliputi kawasan semula jadi yang penting, kawasan pertanian, dan kawasan arkeologi, dan juga menyebabkan proses penempatan semula penduduk setempat. 

Gas – gas rumah hijau, seperti karbon dioksida dan metana, juga akan terhasil dalam takungan dan boleh dibebaskan ke atmosfera. Jumlahnya tidak menentu. Pengeluaran dari kawasan takungan air pada kawasan tropika dan iklim sederhana, mungkin sama dengan atau lebih banyak berbanding kesan rumah hijau akibat pengeluaran gas karbon dioksida dari penjanaan elektrik yang sama jumlah dengan menggunakan bahan bakar fosil. 

Sumber: Sains Best
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Info Tenaga | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO