Usaha UKM Mengeluarkan Jentera Sel Fuel Untuk Pasaran

on Monday, 23 April 2012


BANGI, -  Institut Sel Fuel Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang berjaya menghasilkan beberapa jentera sel fuel sedang mencari rakan dagang untuk mengeluarkannya secara besar-besaran untuk dipasarkan.
Ia telah menubuhkan sebuah anak syarikat, Selfuel yang telah menyediakan model-model enjin yang menggunakan pelbagai sumber bahan api termasuk air najis dan bahan kumbahan hasil dari penyelidikannya.
Pengarah Selfuel, Prof Ir Dr Wan Ramli Wan Daud yakin teknologi itu, yang jauh lebih mesra alam berbanding bahan api berasaskan minyak dan gas yang digunakan secara berluasa sekarang, boleh menjimatkan pengunaan tenaga negara.
 
Prof Dr. Wan Ramli Wan Daud bersama kumpulan penyelidik Sel Fuel, UKM

Beliau memberitahu Portal Berita UKM bahawa sel fuel tidak membabitkan pembakaran atau letupan dalam enjin seperti jentera yang menguna petrol atau diesel.
Sel fuel juga adalah lebih praktikal berbanding tenaga suria kerana ia tidak perlukan panel atau kepingan solar yang besar bila digunakan oleh mana-mana kenderaan atau alat.
Ia juga lebih cepat dan mudah digunakan berbanding enjin elektrik kerana tidak perlukan masa yang lama untuk mencasnya seperti bateri.
Prof Wan Ramli adalah diantara 20 orang saintis dan penyelidik yang diberi penghargaan dan insentif berjumlah RM137,750 oleh UKM sempena majlis sambutan Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional 2012 peringkat UKM Isnin lepas. Beliau menerima bayaran hampir RM7,000 kerana berjaya menghasilkan ciptaan itu.
 
Sumber : treehugger.com

Syarikat SelFuel telah mempamerkan beberapa hasil cipta itu di majlis tersebut termasuk hidrogen sel fuel yang boleh dimuatkan kepada motosikal kecil atau moped.
Prof Wan Ramli dan pasukan penyelidiknya berjaya membuat enjin yang kompak berbanding produk lain dalam pasaran.
Sel Fuel bertindak sebagai peranti elektrokimia yang mampu menukarkan tenaga kepada elektrik serta haba tanpa melibatkan pembakaran.
Pada dasarnya, sel bahanapi ini bertindak sama seperti bateri kecuali ia tidak kehabisan ataupun perlu dicas semula. Ia menghasilkan tenaga dalam bentuk elektrik serta haba selagi mana bahanapi dibekalkan.
Sel Fuel juga turut menggalakkan penggunaan kepelbagaian tenaga di samping membantu peralihan kepada penggunaan sumber-sumber tenaga yang boleh diperbaharui.
Hidrogen, suatu elemen yang terbanyak di bumi, boleh digunakan secara langsung. Dengan sel fuel, penggunaan lain-lain bahan api yang mengandungi hidrogen, termasuk metanol, etanol, gas asli juga gasolin ataupun minyak diesel boleh dilakukan, tetapi 'fuel reformer' perlu digunakan untuk mengeluarkan hidrogen yang terkandung dalam bahan api tersebut.
Dalam sel fuel, tenaga kimia di dalam hidrogen dan oksigen ditukar secara elektrokimia melalui tindak balas redoks elektrokimia di anod dan katod sel kepada tenaga elektrik dan sedikit haba.
Lantaran hasil sampingan proses ini ialah air sahaja. Sel fuel adalah teknologi penukaran tenaga paling mesra alam yang amat sesuai bagi menyelesaikan masalah pemanasan global dan perubahan iklim.
Ia juga sesuai bagi penjanaan kuasa di kawasan-kawasan yang terpencil dan boleh pula disambungkan ke grid elektrik kebangsaan untuk pembekalan kuasa tambahan atau pun sebagai kuasa sokongan apabila berlaku sebarang gangguan bekalan.
Memandangkan sel fuel beroperasi secara senyap, masalah pencemaran bunyi dapat dikurangkan begitu juga pencemaran udara manakala lebihan tenaga haba yang terhasil dari sel bahanapi pula boleh digunakan untuk tujuan pemanasan air sebagai air panas bagi kegunaan rumah, kata Prof Wan Ramli.

Sumber : UKM News Portal melalui Majalah Sains
Tag :

Tenaga Kuasa Hidro

on Friday, 20 April 2012

Tenaga Kuasa Hidro 


Tenaga kuasa hidro merupakan tenaga yang boleh diperbaharui yang boleh menjana elektrik. Dalam membincangkan tentang kuasa hidro, ia sebenarnya termasuk kuasa hidroelektrik, kuasa air pasang surut, kuasa ombak, dan tenaga haba laut. 

Tetapi, ia banyak berkisar tentang janakuasa hidroelektrik kerana ia digunakan untuk menjana elektrik di kebanyakan negara di dunia. Tenaga kuasa hidro bergantung kepada kitaran air. Memahami kitaran air adalah penting untuk memahami kuasa hidro.

Kitaran Air 


Tenaga suria memanaskan air pada permukaan, menyebabkan ia tersejat. Wap air ini akan mengkondensasi menjadi awan dan turun semula ke permukaan Bumi sebagai hujan. Air mengalir menerusi sungai menuju laut, di mana ia tersejat dan kitaran air berlaku semula.

 

Tenaga Mekanikal (kinetik) Diperoleh Daripada Air Yang Bergerak 


Jumlah tenaga yang ada pada air yang bergerak ditentukan oleh aliran atau terjunannya. Kederasan air yang mengalir dalam sungai yang besar, membawa suatu tenaga yang besar dalam alirannya. Air yang jatuh atau terjun dengan laju dari satu titik yang tinggi, juga mempunyai banyak tenaga dalam alirannya. Ini dipanggil sebagai tenaga keupayaan. 

Sama juga, apabila air mengalir menerusi saluran paip (tenaga keupayaan), kemudian menolak dan memusingkan bilah turbin (tenaga kinetik) untuk memutarkan generator bagi menghasilkan elektrik (tenaga elektrik). Dalam sistem sungai yang mengalir, daya arus berpunca dengan adanya, sementara dalam sistem simpanan air, air dikumpulkan di dalam takungan membentuk empangan, kemudian dilepaskan untuk menjana elektrik. 

Disebabkan sumber kuasa hidroelektrik ialah air, stesen janakuasa hidroelektrik mesti berada dekat dengan sumber air. Kawasan empangan juga boleh dijadikan tempat rekreasi yang menawarkan aktiviti sukan air dan memancing.





Kelebihan Tenaga Kuasa Hidro 


Penjanaan kuasa hidro menghasilkan tenaga elektrik yang bersih, tidak mempunyai kesan langsung pengeluaran pencemaran udara, tetapi empangan kuasa hidro, takungan, dan operasi penjana boleh menyebabkan kesan alam sekitar. 

Kelemahan Tenaga Kuasa Hidro 



Takungan air pada empangan menghalang migrasi ikan ke kawasan hulu tempat mereka bertelur. Takungan air dan operasi empangan juga merubah sifat semula jadi air seperti suhu, kandungan kimia, ciri – ciri aliran, dan jumlah kelodak, semuanya akan menyebabkan perubahan yang signifikan terhadap ekologi (organisma hidup dan persekitarannya) dan batuan dan tanah dari hulu ke hilir sungai. 

Perubahan ini mempunyai kesan negatif pada tumbuhan dan haiwan semula jadi dalam dan berdekatan sungai, dan dalam delta yang mana sungai mengalir ke laut. Kawasan takungan air mungkin meliputi kawasan semula jadi yang penting, kawasan pertanian, dan kawasan arkeologi, dan juga menyebabkan proses penempatan semula penduduk setempat. 

Gas – gas rumah hijau, seperti karbon dioksida dan metana, juga akan terhasil dalam takungan dan boleh dibebaskan ke atmosfera. Jumlahnya tidak menentu. Pengeluaran dari kawasan takungan air pada kawasan tropika dan iklim sederhana, mungkin sama dengan atau lebih banyak berbanding kesan rumah hijau akibat pengeluaran gas karbon dioksida dari penjanaan elektrik yang sama jumlah dengan menggunakan bahan bakar fosil. 

Sumber: Sains Best
Tag : ,

Tenaga Suria / Tenaga Solar

on Monday, 16 April 2012

Tenaga Suria / Tenaga Solar 

Matahari telah membekalkan tenaga selama berbilion – billion tahun. Tenaga suria adalah sinaran – sinaran matahari (radiasi suria) yang sampai ke Bumi. Tenaga ini boleh ditukarkan menjadi bentuk tenaga yang lain seperti tenaga haba dan elektrik.

Apabila ia ditukarkan kepada tenaga haba, tenaga suria boleh digunakan untuk memanaskan air untuk kegunaan di rumah, bangunan atau kolam renang, memanaskan ruang di dalam rumah, rumah hijau dan bangunan – bangunan lain.

Penukaran Tenaga Suria Kepada Tenaga Elektrik


Tenaga suria boleh ditukarkan menjadi tenaga elektrik dalam dua cara  iaitu melalui alat Voltan Foto (PV) atau ‘sel – sel suria’ dan juga melalui loji kuasa suria.

Alat Voltan Foto (PV) atau ‘sel – sel suria’ 


Alat Voltan Foto (PV) atau ‘sel – sel suria’ menukarkan cahaya matahari terus kepada tenaga elektrik. Setiap sel suria dikumpulkan menjadi panel dan susunan panel boleh digunakan secara meluas, dari sel – sel kecil yang hanya mencas kalkulator dan bateri jam, sehinggalah kepada loji janakuasa yang merangkumi beberapa ekar. 


Loji Pengumpulan Kuasa Suria


Loji pengumpulan kuasa suria menjana elektrik dengan menggunakan haba daripada pengumpul terma suria untuk memanaskan cecair yang mana akan menghasilkan stim memberi kuasa kepada generator.


Loji kuasa terma suria menggunakan sinaran matahari untuk memanaskan cecair ke satu suhu yang amat tinggi. Cecair itu kemudiannnya dialirkan menerusi paip, oleh itu ia boleh memindahkan habanya kepada air untuk menghasilkan stim. Stim ditukarkan kepada tenaga mekanikal atau kinetik dalam turbin dan kemudian kepada elektrik oleh generator yang disambungkan kepada turbin. 

Tenaga terma suria selalunya digunanakan untuk memanaskan air yang digunakan di rumah dan juga kolam renang dan untuk memanaskan bahagian dalam bangunan (‘pemanasan ruang’).

Bagaimana Sel – sel Suria Menghasilkan Elektrik?.

Cahaya Matahari mengandungi foton, atau zarah – zarah tenaga suria. Foton – foton ini terdiri daripada pelbagai jumlah tenaga yang bergantung kepada perbezaan panjang gelombang cahaya spektrum suria. 


Apabila foton mengenai sel suria, ia mungkin dipantulkan semula, terus menembusi, atau diserap. Hanya foton yang diserap membekalkan tenaga untuk menjana elektrik. Apabila cukup cahaya matahari (tenaga) yang diserap oleh bahan (semikonduktor), elektron akan terkeluar daripada atom bahan, oleh itu elektron secara semulajadi bergerak menuju ke permukaan. 

Apabila elektron meninggalkan kedudukan mereka, ia membentuk lubang. Apabila banyak elektron yang bercas negatif bergerak menuju ke permukaan sel, hasilnya ialah berlaku ketidakseimbangan cas antara sel – sel pada permukaan hadapan dan belakang yang membentuk potensi voltan sama seperti terminal negatif dan positif sesebuah bateri. Apabila dua permukaan tersebut disambungkan dengan beban luaran, seperti alatan elektrik, arus elektrik akan mengalir. 

Kelemahan Tenaga Suria

Dua kelemahan tenaga suria ialah : 

1. Jumlah cahaya matahari yang tiba di permukaan bumi tidak tetap. Ia bergantung kepada lokasi, hari, tahun dan keadaan cuaca. 

2. Disebabkan matahari tidak memancarkan cukup tenaga pada satu tempat dalam satu masa, satu kawasan yang luas diperlukan untuk mengumpulkan tenaga pada kadar yang mencukupi untuk menghasilkan tenaga. 

Kelebihan Tenaga Suria



Penggunaan tenaga suria tidak menghasilkan pencemaran air atau gas – gas rumah hijau. 

Sumber: Sains Best
Tag : ,

40 Tip-tip Jimat Tenaga Elektrik di Rumah dan di Pejabat

on Friday, 13 April 2012

Kredit gambar: hangleotalk.

Tip Jimat Tenaga Elektrik

  1. Bersihkan penapis penghawa dingin dengan kerap. Aliran udara yang senag mengurangkan penggunaan tenaga.
  2. Lakukan audit tenaga di rumah. Ini dapat menjamin system pendawaian yang betul di rumah dan pejabat.
  3. Bersihkan kompresor. Gunakan hos getah (pastikan bekalan elektrik telahpun dimatikan). Pastikan tumbuhan berada 1 kaki daripada kompresor.
  4. Tutup lampu pada waktu siang.
  5. Bagi rumah yang mempunyai tanah, tanam pokok-pokok untuk teduhan. Teduhan daripada pokok-pokok dapat mengurangkan kesan pemanasan kepada rumah.
  6. Gunakan kipas siling untuk aliran udara. Pengurangan dalam penggunaan tenaga. Aliran udara semulajadi juga boleh digunakan.
  7. Set kipas pada penghawa dingin kepada “ON” daripada “AUTO”. Pengaliran udara yang sekata dapat mengstabilkan suhu udara dalam bilik. 
  8. Adalah penting untuk membeli alat penghawa yang bersaiz betul untuk kegunaan. Unit yang besar akan menggunakan lebih banyak tenaga dan tutup/buka secara kerap.
  9. Setkan suhu penghawa dingin di antara 24°C hingga 26°C, rendah  (24°C) semasa cuaca panas dan tinggi (26°C) pada musim hujan. Gunakan aliran udara semulajadi di mana mungkin.
  10. Suhu pemanas air boleh ditetapkan di antara rendah dan sederhana untuk menjimatkan tenaga.
  11. Gunakan penyembur air yang jimat air. Air yang kurang bermakna penggunaan tenaga yang kurang.
  12. Perbaiki paip yang bocor, terutamanya jika melibatkan perkakas air panas.
  13. Mandi adalah lebih baik daripada merendam dalam tub mandian. Lebih banyak air panas digunakan lebih banyak pembaziran tenaga.
  14. Peralatan dapur yang kecil membantu mengurangkan penggunaan tenaga. Terdapat peralatan yang mengguna 75% tenaga kurang daripada oven yang besar.
  15. Koil peti sejuk mesti di vakum sekurang-kurangnya 2 kali setahun untuk memastikan kompresor berfungsi dengan baik.
  16. Jangan buka peti sejuk lama-lama. 30% udara sejuk akan terlepas setiap kali pintu peti sejuk di buka. Keadaan yang sama untuk oven.
  17. Jangan melebihi muatan peti sejuk. Udara sejuk perlu mengalir dengan bebas untuk memastikan makanan di simpan pada suhu yang betul.
  18. Letakkan peti sejuk supaya pintunya akan tutup secara automatik apabila dibiarkan terbuka. Ini akan mengelakkan pembaziran tenaga.
  19. Magnet pintu peti sejuk mesti diperiksa. Letakkan duit satu ringgit dan tutup pintu. Jika duit kertas ini boleh di tarik, anda perlu menukar magnet ini (gasket).
  20. Gunakan kemudahan cuci sendiri oven sejurus selepas memasak, apabila oven masih panas. Ini mengelakkan mesa yang panjang untuk pemanasan semula.
  21. Tutup periuk atau kuali untuk mengurangkan masa memasak, dan letakkan periuk atau kuali mengikut saiz pembakar.
  22. Cuci pakaian dalam muatan penuh. Pastikan aras air di set pada aras yang betul.
  23. Sentiasa gunakan air sejuk untuk mencuci pakaian. Air panas hanya perlu digunakan untuk pakaian yang terlalu kotor sahaja.
  24. Elakkan penggunaan pengering pada hari yang cerah. Kita dikurniakan dengan cahaya matahari yang banyak. Ultraviolet daripada cahaya matahari membunuh kuman.
  25. Gunakan lampu floresen kompak. Lampu floresen kompak menggunakan 75% tenaga kurang daripada lampu floresen biasa dan mempunyai jangka hayat 10 kali juga. Penukaran kepada lampu ini, menjimatkan tenaga juga.
  26. Padamkan lampu dan peralatan elektrik apabila bilik atau kawasan tertentu tidak digunakan.
  27. Bersihkan lampu dengan kerap. Lapisan habuk boleh melitupi sehingga 50% pengeluaran tenaga.
  28. Rancang perhiasan dalaman rumah dan pejabat. Warna yang cerah memantul lebih banyak cahaya. Merancang perhiasan dalaman rumah dan pejabat boleh membantu penjimatan tenaga.
  29. Keluarkan plug bagi peralatan elektrik yang tidak digunakan. Kebanyakan peralatan ini, terutamanya komputer, TV dan VCR mengambil tenaga elektrik walaupun suisnya telah ditutup.
  30. Jika dinding di rumah atau pejabat tidak ditebat, gunakan perkakas berat seperti rak-rak buku, dan sofa untuk diletakkan sekitar kawasan ini. Ini akan membantu mencegah kemasukan haba daripada luar dan kehilangan kesejukan dari dalam bangunan.
  31. Jika anda keluar dari rumah untuk jangkamasa yang panjang, pastikan untuk menutup semua perkakas elektrik yang boleh di tutup.
  32. Melabur kepada alat yang cekap tenaga memang bermanfaat. Terdapat kes-kes di mana, duit yang dijimatkan melalui penjimatan kos tenaga dapat memulangkan kos malbur dalam beberapa tahun.
  33. Sila baca Label Panduan Tenaga dengan betul. Pastikan anda membanding alatan yang setara. Penggunaan tenaga mempunyai perbezaan yang besar dalam jenama yang sama. Jangan tertipu dengan jualan murah dan janji daripada promoter.
  34. Beli peralatan yang sesuai untuk keluarga adalah penting. Pembelian yang lampau akan menyebabkan pembaziran wang dan juga penggunaan tenaga.
  35. Jika peralatan elektrik melebihi 10 – 15 tahun, praktikkan penukaran semula kepada peralatan baru yang cekap tenaga.
  36. Pastikan logo “EnergyStar" ada pada peralatan cekap tenaga. Ini menunjukkan persijilan daripada pihak-pihak kerajaan atau pensijilan menbuktikan peralatan ini menggunakan tenaga elektrik secara cekap.
  37. Jangan lupa untuk bertanyakan tentang jaminan, maklumat servis, penghantaran, dan kos pemasangan.
  38. Pastikan anda memilih penjual yang bereputasi dan perpengalaman. Penjual yang baik boleh membantu anda untuk mengira pejimatan tenaga dan jangkamasa pulangan. Pada masa yang sama dapat memberikan pilihan yang banyak.
  39. Pastikan anda sedar akan hak anda untk mendapatkan pengetahuan tentang produk. Peralatan yang rosak patut diganti (pastikan kad jaminan di simpan).
  40. Dalam mempraktikkan hak anda, jika pemborong atau penjual gagal untuk memberikan tuntutan anda, sila laporkan kepada Pusat Aduan Pengguna Nasional (NCCC). (layari http://www.nccc.org.my atau panggil +603-78779000).

Sumber asal: 3K - Kempen Konsumer Kebangsaan. Kredit gambar: hangleotalk.
Tag : ,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© Info Tenaga | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO